HASIL NILAI UJIAN AKHIR SEMESTER GANJIL
MATA PELAJARAN FIQIH DAN AQIDAH AKHLAK
DAPAT DIAKSES DI BLOG DIBAWAH INI

Di antara kelebihan Kiyai Ahmad Qusyairi adalah kemampuannya menguasai berbagai bahasa selain bahasa ibundanya dan Bahasa Arab. Antara bahasa yang dikuasainya ialah Bahasa Belanda, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun dan Bahasa Cina. Beliau juga dikenali sebagai penyair yang mahir membuat dengan spontan syair-syair berbahasa Arab. Antara karangan yang ditinggalkannya ialah sebuah nazam sufi yang berjumlah 312 bait diberi jodol “Tanwir al-Hija” berhubung ‘aqidah dan ibadah. Karangannya ini diberi perhatian oleh para ulama, bahkan Habib Alawi bin ‘Abbas al-Maliki, ayahanda Buya Dr. Habib Muhammad al-Maliki, telah memberikannya syarah yang panjang diberi jodol ” Inarat ad-Duja“. Dan kerana besarnya kecintaannya kepada Junjungan Nabi s.a.w. dan amalan bersholawat kepada baginda, maka selain mengamalkan “Dalailul Khairat“, beliau juga mempunyai himpunan sholawat yang dinamakannya “al-Wasiilatul Harriyyah fish Sholawaati ‘ala Khairil Bariyyah“.Inilah Sholawat Shiddiqiyyah yang tertulis pada akhir halaman kitab “al-Wasiilatul Hariyyah” di mana ianya mengandungi permohonan, dengan berwasilahkan amalan sholawat ke atas Junjungan serta kehormatan Junjungan Nabi dan sahabat baginda Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a., agar dianugerahkan teman yang baik, perjalanan yang aman, kelepasan dari segala kesulitan dan kepayahan.

Syaikh Ahmad Khatib bermukim di Makkah sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1289H / 1872M. Beliau meninggalkan ramai murid dan khalifah, antaranya ialah Syaikh Abdul Karim Banten, Syaikh Tolhah Cirebon, Sayyidul Ulama Hijaz Syaikh Nawawi al-Bantani, Syaikh Muhammad Yaasin Kedah, Syaikh ‘Abdul Lathif bin ‘Abdul Qaadir Sarawak dan ramai lagi. Tarekat yang dipeloporinya mendapat tempat di kalangan ulama dan awam. Bahkan ramai ulama yang telah mengambil bai`ah ijazah dan talqin daripada beliau dan khalifah-khalifahnya. Antara yang mengambil talqin tersebut ialah Syaikh ‘Utsman as-Sarawaki yang menerima talqin zikir Tarekat Qadiriyyah wan Naqsyabandiyyah daripada khalifah beliau Syaikh Abdul Karim Banten. Bahkan sehingga kini ajaran dan amalan tarekatnya tetap mempunyai pengikut dan berpengaruh di rantau ini. Amalan, silsilah dan wirid tarekat beliau boleh dilihat dalam kitab “Fathul ‘Aarifiin” yang beliau imla`kan kepada muridnya bernama Syaikh Muhammad bin Ismail bin ‘Abdur Rahim al-Bali dalam bulan Rajab 1295H/1877M, kemudian ianya ditashhihkan oleh Syaikh Ahmad al-Fathani dan dicetak pertama kalinya tahun 1305H/1887M. Kitab ini sehingga kini masih tersebar.Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati Syaikh Ahmad Khatib Sambas serta para guru beliau dan sekalian ulama dan awam umat ini. Al-Fatihah.